+6012-965 2459

Wednesday, October 7, 2015


Niche (sebutannya serupa bunyi 'nic') boleh berfungsi sebagai USP bisnes yang sangat efektif.
Bagi menerangkan USP niche, biar saya gunakan contoh bisnes spa.

+ Banyak spa Melayu menawarkan segala macam rawatan. Dari rawatan hujung rambut sampai rawatan hujung kaki. Dari rawatan urutan sampai rawatan bekam.
Spa macam ini adalah spa yang tidak spesifik USP-nya. Malah ia tidak mempunyai USP. Ia menjadi spa umum. Spa macam-macam.
Spa begini tidak mempunyai positioning. Ia menceburi semua sub-sektor spa.
Jika diibaratkan sebagai hospital, ia serupa dengan hospital umum.

+ Ada pula spa yang sangat spesifk, sangat niche.

Contoh spa niche adalah spa yang hanya menawarkan rawatan pedicure dan manicure sahaja.
Spa macam ini boleh dibaratkan dengan hospital jatung sahaja, ataupun hospital bersalin sahaja, ataupun hospital kanser sahaja.
USP niche mencipta strategi positioning yang sangat jelas.

- PAM

Apabila kita sudah memilih seseorang itu menjadi rakan-kongsi, apabila syarikat sudah didaftarkan, dan nama rakan-kongsi kita sudah termaktub dalam dokumen-dokumen rasmi pendaftaran syarikat, walaupun sahamnya cuma RM1 (1 ringgit), tidak ada cara kita dapat buang namanya.

Jangan buru-buru. Ambillah lebih masa sebelum kita memasukkan nama sesiapa ke dalam syarikat kita sebagai rakan-kongsi.


Apabila kita sudah yakin, barulah urusan dengan SSM dijalankan.
Walaupun nama rakan-kongsi kita itu adalah isteri kita sendiri. Meskipun kita sudah bercerai talak tiga. Nama janda talak tiga kita itu tetap tidak dapat dikeluarkan dari dokumen-dokumen pemilikan syarikat.

Melainkan dia setuju namanya dikeluarkan!

- PAM


Apabila kita membuka bisnes pertama, kita belum pandai menjalankan bisnes.
Semua yang kita belajar dalam buku dan dalam seminar masih teori belaka. Belum buat, belum tahu tendang terajang dunia bisnes.
Ingat statistik ini! 93% bisnes tutup dalam tempoh 3 tahun selepas beroperasi.

Mulakan bisnes dengan modal tidak lebih dari RM2k. Kalau lingkup, cuma RM2k yang hangus. Kita mampu serap kerugian itu. Kita dapat bangun semula, dan cuba kali kedua.

RM2k itulah cukai kebodohan yang kita mampu bayar. Jangan lebih daripada itu.



+ Modal yang diperlukan bagi memulakan bisnes itu adalah kecil. Maksimum RM2k. Jangan lebih. Kalau bisnes itu lingkup, tangan kita tidak terbakar. Kita dapat bangun semula dengan mudah.

+ Kita mempunyai skill yang diperlukan.

+ Dapat dibuat dari rumah dahulu, sebelum kita pindah ke kedai
.
+ Bisnes itu dapat kita jalankan sendiri dahulu. Kemudian, apabila bisnes sudah berkembang, baru kita mengambil pembantu.

- PAM

Bisnes pertama kita sebaiknya bisnes cari-modal. Modal itu bagi membuka bisnes kedua.
Banyak orang bisnes bermula menjual di pasar malam. Tujuannya adalah bagi mencari modal dan mengumpulkan modal.
.
Apabila modal sudah terkumpul, mereka membuka bisnes kedua.
Dalam bisnes kedua itu, mereka mencari modal lagi bagi membuka bisnes ketiga pula.
Dengan cara ini kita tidak perlu meminjam dari bank bagi memulakan bisnes


Bisnes mempunyai logiknya sendiri. Logik bisnes tidak sama dengan logik akal orang biasa.
Logik orang biasa mengatakan pembeli tentu mahukan produk terbaik. Jadi, keluarkanlah produk yang terbaik. Orang tentu beli.
Logik bisnes mengatakan pembeli mahukan produk yang mereka mahu beli. Produk itu tidak semestinya yang terbaik.
Justeru itulah kita boleh tengok, produk-produk yang laku keras dalam pasaran tidak semestinya produk-produk yang terbaik.

- PAM

Thursday, August 6, 2015


...for more videos please check out our YouTube pull down menu.